SemasaUncategorized

Program Jualan Rahman mampu rangsang peniaga turunkan harga – Fuziah

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara (KPDN) Hidup Fuziah Salleh yakin program Jualan Rahmah Bergerak yang dilaksanakan kementerian itu mampu merangsang pemain industri untuk menjual barangan mereka pada harga murah di pasaran.

Berkata pada pemberita di satu program di Tapak Ekspo Seberang Jaya di Pulau Pinang, beliau menjelaskan harga barangan dijual di inisiatif untuk rakyat itu lebih murah berbanding harga pasaran kerana kerajaan sendiri yang menetapkan harga.

Bberbeza dengan pasaran, harga ditetapkan pihak industri sendiri berikutan pasaran ekonomi yang diamalkan di negara ini bersifat terbuka.

“Seperti yang kita sedia maklum, kita (negara) mengamalkan pasaran ekonomi terbuka dan ada banyak ‘forces’ (halangan) antaranya industri itu sendiri.

“Ini kerana industri yang letakkan harga sedangkan jualan rahmah ini pula kerajaan yang meletakkan harga, yang mana saya yakin dengan jualan rahmah bergerak ini kita menetapkan model yang lama kelamaan akan diikuti oleh industri untuk turut menjual harga murah di pasaran,” katanya.

Melalui program Jualan Rahmah Bergerak, rakyat berpeluang mendapatkan pelbagai barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih murah berbanding pasaran antaranya daging segar yang dijual hanya pada harga RM27 berbanding RM38 sekilogram.

Langkah itu juga dapat memastikan subsidi disalurkan kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat dengan lebih baik.

Sejak Kerajaan Perpaduan terbentuk hujung tahun lalu, KPDN dilihat antara kementerian yang bekerja keras menstabilkan harga barangan keperluan.

Beberapa inisiatif lain antaranya Menu Rahmah, Bakul Rahman dan Insuran Rahman diperkenalkan bagi memastikan golongan B40 terutamanya dapat menjimatkan perbelanjaan harian mereka.

Sementara itu Fuziah menjelaskan, bagi mendokong aspirasi kerajaan dalam menjaga hak pengguna, pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan strategik bagi memastikan usaha meringankan beban rakyat dapat dilaksana.

“Bila kita jumpa dengan partner (rakan) begini pihak kementerian yakin ia (harga murah di pasaran) dapat dilakukan (kelak),” kata Fuziah.

Related Articles

Back to top button