Semasa

Salahuddin Ayub gigih pastikan harga barang tak naik – Mohamad Sabu

Datuk Seri Salahuddin Ayub disifatkan sebagai seorang menteri yang aktif serta berusaha keras dalam memastikan tiada kenaikan harga berlaku di negara ini.

Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, beliau akan menyifatkan Allahyarham sebagai individu yang cukup sinonim dengan konsep Rahmah yang memberi faedah kepada rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.

“Allahyarham memang seorang yang gigih dan semasa menjadi Menteri yang menjaga Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ini, Arwah amat aktif terutama sekali supaya harga barang tidak naik dan begitu keras berusaha termasuk bertemu dengan pihak syarikat dan majikan.

“Semua orang mengakuinya termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa Allahyarham antara menteri yang yang gigih dalam menjalankan tugas,” katanya.

Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata begitu kepada pemberita di Hospital Sultanah Bahiyah di sini malam tadi.

Related Articles

Back to top button