Semasa

‘Terima kasih Din kerana usaha ringankan beban hidup rakyat’- Mahfuz Omar

Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub sebagai seorang pemimpin hebat yang kehilangannya akan membekas di hati rakyat.

Kata Mahfuz, Allahyarham telah berjaya mengangkat agenda Rahmah di bawah kementeriannya sebagai enjin baharu yang memberi manfaat kepada semua pihak dan sektor ekonomi di dalam negara ini.

Agenda itu jelasnya telah memberi keringanan kepada ramai rakyat yang terbeban dengan kos hidup sebelum ini dan beliau amat berterima kasih kepada usaha itu.

“Saya sangat rapat dengan Allahyarham daripada parti lama sampailah hari ini. Ini kehilangan besar, rakyat juga merasai kehilangan beliau.

” Saya nak sebut : Din, rakyat Malaysia merindui kamu, terima kasih Din atas agenda Rahmah yang telah memberi keringanan ke atas beban hidup rakyat, terima kasih Din,” katanya.

Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar di Kedah pada 9.23 malam tadi ketika berusia 61 tahun.

Beliau sebelumnya dikejarkan ke hospital selepas mengalami mual dan muntah-muntah sebelum dikesan mengalami pendarahan otak sebelum dibedah dan ditidurkan.

Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam anak.

Related Articles

Back to top button