Pilihanraya

Ahmad Fauzi yakin boleh rampas semula DUN Kuah

Calon muka baharu mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuah tekad untuk memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Ahmad Fauzi Chik, 63, dari KEADILAN berkata, berbekalkan pengalaman 40 tahun jatuh bangun dalam politik, beliau optimis sasaran itu mampu dicapai.

Tambahnya, ketika ini beliau bersama jentera pilihan raya perpaduan DUN itu sedang merancang bagi membolehkannya bertemu seberapa ramai pengundi sepanjang tempoh berkempen.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan yang memilih saya menggalas cabaran ini dan kemenangan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan yang kuat daripada penyokong, khususnya jentera parti perpaduan.

“Menerusi pengalaman 40 tahun dan gerak kerja jentera yang mantap, saya yakin DUN Kuah menjadi milik KEADILAN,” kata pesara kerajaan itu.

Beliau adalah antara sembilan calon muka baharu yang diberi amanah menggalas cabaran KEADILAN Kedah pada PRN kali ini.

Beliau adalah antara sembilan calon muka baharu yang diberi amanah menggalas cabaran KEADILAN Kedah pada PRN kali ini.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14, kerusi DUN Kuah dimenangi Mohd Firdaus Ahmad yang bertanding mewakili Bersatu dengan menggunakan logo KEADILAN dengan majoriti 2,452 undi, menewaskan Nor Saidi Nanyan (Barisan Nasional, 5,824 undi), Mazlan Ahmad (PAS, 2,685 undi) dan Mohamad Ratu Mansor (Bebas, 86).

Related Articles

Back to top button