Pilihanraya

Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Parlimen Pulai kepada SPR

Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.161 Pulai, Johor.

Pemberitahuan itu dibuat susulan pemergian penyandangnya, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahad lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul, berkata, selaras Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR perlu mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan suruhanjaya itu bahawa ada kekosongan.

“Saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 25 Julai 2023 kepada Pengerusi SPR bahawa Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Ahli Parlimen Pulai, Johor telah meninggal dunia pada Ahad, 23 Julai 2023,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menerusi kenyataan itu turut menzahirkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Datuk Seri Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah kelmarin, selepas ditidurkan susulan pembedahan akibat pendarahan otak.

Related Articles

Back to top button