Politik

Pas – Bersatu dilapor berebut kerusi di Langkawi

Perikatan Nasional di Langkawi, Kedah didakwa bergolak selepas didakwa berlaku perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat antara Pas dan Bersatu terhadap .

Malaysia Gazette dalam laporanya yang memetik seorang sumber berkata, ahli Pas terkilan apabila Bersatu tidak mengotakan janji untuk membenarkan parti itu meletakkan calon di DUN Ayer Hangat.

Katanya, Pas berlapang dada ketika Bersatu menamakan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah sebagai calon Ahli Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

Bukan sekadar itu jelasnya Yang Dipertua Pas Langkawi Zubir Ahmad sanggp menjadi wakil calon diletakkan Bersatu.

“Itulah pengorbanan terbesar yang Pas Langkawi lakukan demi persahabatan,” kata sumber tersebut.

Beliau berkata, Pas akan terus membuat tentangan sekiranya Bersatu masih mahu meletakkan calon di DUN Ayer Langat yang dianggap sebagai perbuatan khianat.

Sumber juga berkata, tidak menolak kemungkinan Pas akan meletakkan calon bebas sekiranya Bersatu terus berkeras merebut kerusi berkenaan.

Related Articles

Back to top button