Semasa

REE: Pegawai kanan Sanusi ditahan SPRM

Seorang pegawai kanan kepada Menteri Besar Kedah direman tiga hari di Mahkamah Sesyen Alor Setar setelah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan individu itu dipercayai bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Sumber yang dipetik media berkata, suspek lelaki yang berusia 50-an ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di pejabat SPRM Alor Setar, kerana disyaki meminta rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan penahanan itu namun mendakwa tidak mengetahui secara terperinci butiran lanjut penahanan tersebut.

SPRM sebelum ini telah menahan reman seorang CEO Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat.

Beberapa hari kemudian, agensi itu menahan seorang lagi individu yang merupakan pembantu kepada pemilik syarikat yang menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang.

Related Articles

Back to top button