Negeri

JAINP tubuh jawatankuasa benteras ajaran Sohai Ibnu Muhammad (Sihulk)

Satu Jawatankuasa Penyelarasan Tindakan Pembanterasan Ajaran Sesat SiHulk ditubuhkan bagi tujuan membendung penyebaran ajaran itu di negeri Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata jawatankuasa itu dianggotai Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Jawatankuasa ini sudah membuat ketetapan untuk bekerjasama dalam membanteras penyebaran ajaran SiHulk, sama ada secara fizikal mahupun melalui media sosial.

“Kerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia juga akan dimulakan bagi maksud tindakan yang lebih teratur,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-117 yang bersidang pada 25 hingga 29 Ogos 2020 memutuskan bahawa ajaran dan fahaman SiHulk diasaskan Suhaini bin Muhammad (Sohai Ibnu Muhammad) sebagai sesat, menyeleweng daripada ajaran Islam berdasarkan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Antara penyelewengan ajaran ini ialah mendakwa Nabi Muhammad sebagai tuhan, tidak mempunyai jantina, menafsirkan sendiri sebuah hadis dengan menyatakan Nabi Muhammad tiada kemaluan

Kebanyakan pengikutnya terdiri daripada stokis dan penjual produk minuman kesihatan ‘air ajaib’ yang didakwa mampu merawat penyakit kronik dan Covid-19 difahamkan sudah meninggalkan negara ini dan berada di New Zealand bersaya Suhaini.

Minggu lalu tular beberapa video minggu individu dipercayai pengikutnya membuat kenyataan terbuka menyokong ajaran itu

Dalam pada itu, Mohd Fared menyeru orang ramai untuk menolak ajaran itu dengan tidak menyebarkan video memaparkan beberapa individu yang mengaku sebagai pengikut ajaran sesat SiHulk itu

Terdahulu, kerajaan Persekutuan melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah diarah untuk bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membanteras ajaran sesat tersebut.

Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kumpulan ajaran sesat berkenaan juga diminta segera tampil membuat laporan kepada pihak PDRM, SKMM dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN).

Related Articles

Back to top button