Semasa

Poster pemberian ‘Elaun Madani’ palsu – MOF

Kementerian Kewangan (MOF) pada Rabu menafikan maklumat palsu mengenai pemberian ‘Elaun Madani’ kepada seluruh kakitangan awam.

Kementerian itu berkata, maklumat itu yang ditularkan di media sosial adalah pembohongan dan pengguna media sosial diminta tidak terpengaruh atau menyebarkannya.

“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial,” kata MOF dalam hantaran di Facebook.

Berdasarkan maklumat palsu yang disebarkan itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mewujudkan satu elaun baharu untuk meraikan kesamarataan semua negeri dengan pemberian ‘Elaun Madani’ sebanyak RM800 kepada semua kakitangan awam.

Sementara itu melalui hantaran sama, MOF menggesa orang ramai supaya mengikuti saluran yang sah untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat disebarkan.

Related Articles

Back to top button