Negeri

Johor sasar selesai isu setinggan menjelang 2023

Kerajaan Johor mensasarkan bagi menyelesaikan isu 3,000 penempatan setinggan di daerah Johor Bahru menjelang tahun 2026.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, secara keseluruhan daerah itu merekodkan sebanyak 8,973 penempatan setinggan melibatkan 79 lokasi, termasuk di kawasan berhampiran sungai.

“Sebelum ini, penduduk berkenaan telah ditawarkan kediaman lebih bersesuaian, namun setelah mereka terima kunci untuk kediaman baharu, rumah setinggan asal mereka masih dihuni orang lain dan rumah setinggan itu kekal, jadi satu kaedah lebih baik akan dilaksana untuk menangani isu ini.

“Kita tumpukan Johor Bahru kerana paling banyak setinggan di negeri ini ialah di daerah ini, memandangkan majoriti populasi Johor pun dari Johor Bahru, jadi isu-isu pun selalunya di daerah ini,” katanya.

Beliau sebelumnya hadir ke Pelancaran Ekspo Hartanah Johor (JPEX) 2023 di Padang Akasia, Angsana Johor Bahru Mall yang turut dihadiri Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru pada Khamis.

JPEX 2023 berlangsung selama empat hari sehingga Ahad, menawarkan lebih 30,000 unit kediaman kepada semua lapisan masyarakat termasuk B40, M40 dan T20, selain kira-kira 70 reruai pameran disediakan terdiri daripada pemaju hartanah, agensi kerajaan dan institusi kewangan.

Onn Hafiz sementara itu berkata melalui penghapusan masalah setiggan, ia akan membantu kerajaan negeri menjayakan program Johor Bersih, dalam usaha menjadikan negeri itu berstatus negeri maju menjelang 2030.

Related Articles

Back to top button