Pilihanraya

Penamaan calon: Cuaca diramal cerah di hampir semua kawasan PRN esok

Cuaca pada hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) esok, diramal cerah pada sebelah pagi di hampir keseluruhan daerah di enam negeri yang terlibat.

Menurut paparan di laman web MetMalaysia pada Rabu lepas, semua daerah di empat negeri dijangka cerah pada sebelah pagi iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

Paparan itu turut menunjukkan hanya beberapa daerah di Kedah dan Pulau Pinang dijangka hujan pada waktu pagi.

Di Kedah, cuaca hujan diramal melanda daerah Kota Setar, Yan, Kuala Muda dan Langkawi manakala Pulau Pinang melibatkan daerah Timur Laut dan Barat Daya.
Selain itu, suhu pada hari penamaan calon enam di negeri tersebut diramal sekitar 23 hingga 34 darjah celsius.

Esok adalah hari penamaan calon PRN bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan proses penamaan calon bermula dari 9 hingga 10 pagi untuk proses penghantaran borang.

Related Articles

Back to top button