Amirudin berdepan saingan tiga penjuru di DUN Sungai Tua
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berdepan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Naib Presiden KEADILAN itu yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua dimenanginya sejak tiga penggal lalu akan berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Muhammad Hanif Jamaluddin, Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas.
Muhammad Hanif adalah Setiausaha Dewan Pemuda PAS, manakala Suman pernah bertembung dengan Amirudin dengan seorang calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi kerusi DUN Batu Caves.
Pada PRU14, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 di DUN Sungai Tua selepas menewaskan tiga calon lain dari BN, PAS dan Bebas yang berentap dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Nor Azlina Abd Aziz berkata, pihaknya menerima tiga borang pencalonan bagi kerusi DUN Sungai Tua daripada Muhammad Hanif, Suman dan Amirudin masing-maisng pada jam 9.10 pagi, 9.13 pagi dan 9.15 pagi.
“Saya sudah semak kertas pencalonan dan berpuas hati dengannya. Tiada kertas pencalonan ditolak,” katanya.