AMK kerah jentera bantu kempen PRN
Angkatan Muda Keadilan (AMK) dikerah membantu kempen Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Ketuanya, Adam Adli Abd Halim berkata, Jentera AMK akan memberi tumpuan sama rata dengan gerak kerja akan tertumpu di satu-satu kawasan.
Dalam pada itu jelasnya, AMK akan terlibat dalam beberapa siri ceramah sepanjang tempoh kempen.
“Kita akan meneruskan kempen serta sedang giat melaksanakan siri jelajah di seluruh negeri termasuk Jelajah Madani, Jelajah Perpaduan beberapa siri jelajah lain,” katanya.
Adam Adli yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan sebelumnya hadirmerasmikan Sambutan Hari Pencegahan Lemas Sedunia Peringkat Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2023 di Kelantan Golf and Country Club, di Kota Bahru pada Jumaat.
Sementara itu, ketika menyentuh mengenai kerusi yang diperuntukkan kepada sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, Adam Adli memberitahu pihaknya berpuas hati dengan kerusi yang diberikan pada PRN kali.
Empat kerusi diberikan iaitu Chetok (Kelantan), Wakaf Mempelam (Terengganu) serta Sementa, Bukit Melawati dan Rawang (Selangor) menggalakkan dan membuka ruang-ruang kepada AMK pada masa hadapan.
“Kadar kebolehan untuk menang adalah lebih tinggi apabila mereka yang dicalonkan adalah terdiri daripada penyandang yang sudah ada ‘track record’ yang baik berkhidmat di satu-satu kawasan.
“Kalau ada penyandang yang perlu direhatkan disebabkan faktor usia, kesihatan dan sebagainya, itu baru kita berpeluang untuk tampilkan calon,” ujarnya.