Pilihanraya

Ahmad Zahid optimis PH-BN ambil alih Terengganu dan Kedah

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis pentadbiran negeri di Terengganu dan Kedah bakal dikuasai gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Beliau menyatakan keyakinan itu pada satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Parti-parti Komponen Kerajaan Perpaduan Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Parlimen Kota Bharu di Pejabat UMNO Kelantan di Kota Bahru semalam.

Jelas Timbalan Perdana Menteri itu, beliau yakin perkara tersebut boleh berlaku kerana Terengganu dan Kedah yang boleh dianggap sebagai ‘swing state’ pernah bertukar pemerintahan beberapa kali antara BN dan PAS.

“Terengganu adalah negeri yang pernah diperintah begitu lama oleh BN, selepas itu PAS. Insya-Allah akan kembali kepada BN, begitu juga Kedah adalah swing state… ada perubahan kerajaan antara BN dan PAS,“ katanya.

Selain merampas dua negeri itu, Ahmad Zahid berkata BN-PH juga akan mengekalkan pentadbiran kerajaan negeri di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Related Articles

Back to top button