Politik

Usah dengar ‘sembang’ pembangkang, kononnya kerajaan akan jatuh

Kerajaan Perpaduan yang disertai 19 parti gabungan ketika berada dalam keadaan kukuh, stabil dan sukar untuk dijatuhkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berbanding ketika mula mengambil alih kerajaan pada November lepas, kesepaduan kesemua pimpinan termasuk mereka yang menganggotai Jemaah Menteri kini sukar diganggu-gugat.

“Pada peringkat awal kita bentuk kerajaan, macam-macam cerita kita dengar tentang percubaan untuk ambil alih kerajaan dan ia dicanangkan dari bulan ke bulan sehingga yang terakhir semasa pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

“Sekarang timbul pula cerita yang Kerajaan Perpaduan akan jatuh pada Ogos iniā€¦ini semua sembang sahaja.

“Jangan dengar dan termakan dengan cerita itu. Ketika ini kita (kerajaan) cukup kuat, utuh dengan semua kepimpinan parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan sepakat mempertahankan kerajaan sedia ada,” katanya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Anwar berkata begitu pada majlis Ceramah Arus Merah Kuning sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Subang Bestari malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari serta calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara, Muhammad Izuan Ahmad Kasim dan DUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman.

Sementara itu tambah Anwar, kestabilan kerajaan kini turut diperkuat dengan kesepaduan serta kesepakatan dua timbalannya iaitu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof yang terus menzahirkan sokongan kepada kekukuhan kerajaan.

Katanya, kestabilan kerajaan pimpinannya juga bertambah utuh menerusi komitmen jitu yang ditunjukkan oleh ketua-ketua parti baik PH, Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan serta semua parti dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Related Articles

Back to top button