Pilihanraya

KEADILAN Sabah arah jentera terbaik bantu calon PH-BN

KEADILAN negeri Sabah telah mengerahkan jentera mereka bagi membantu calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam melalui satu kenyataan berkata, jentera yang dikerahkan terdiri dari 26 cabang parti itu di seluruh Sabah termasuk Labuan.

Mereka jelasnya adalah jentera terbaik yang dikenal pasti membantu sepanjang kempen sehingga hari pembuangan undi yang dijadualkan pada 12 Ogos.

“Saya serta beberapa jentera berada di Kelantan untuk penamaan calon dan selepas ini jentera akan dipecahkan mengikut tugas masing-masing yang akan dipantau ketua-ketua cabang.

“Jentera Angkatan MUDA Keadilan dan Wanita Keadilan pula akan dipecahkan ke semua negeri terbabit,” katanya.

Dr Sangkar sementara itu turut memaklumkan,Ketua cabang Tuaran merangkap Timbalan Ketua Penerangan Keadilan Pusat, Razeef Rakimin diberi tanggungjawab untuk memantau dan membantu kempen di semua negeri terbabit.

Melalui kenyataan sama, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan pentadbiran negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Gabungan itu juga dilihat mempunyai peluang cerah mengambil alih pentadbiran Kedah susulan kegagalan kerajaan negeri dalam mentadbir serta menjaga kebajikan rakyat.

“Untuk Kelantan dan Terengganu saya melihat peluang 50-50 dan ini sangat baik kerana gelombang perubahan semakin kuat di dua negeri yang sebelum ini ditadbir oleh PAS sejak sekian lama,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button