Negeri

PH-BN Selangor buat tawaran menarik untuk golongan belia

Sebanyak 100,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi ditawarkan kepada golongan belia di Selangor menerusi Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia antara 14 tawaran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang terkandung dalam kerangka ekonomi unggul dan pendidikan berkualiti pemangkin peluang pekerjaan berpendapatan tinggi

“Saya sedar tawaran ini, saya tidak cakap kosong. Daripada tahun 2018 hingga awal 2023, hasil pelabur yang banyak, kita telah tawarkan 89,000 peluang pekerjaan lahir daripada usaha tekad industri dan pentadbiran negeri Selangor.

“Dengan dasar baharu sebagaimana yang diumumkan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, 100,000, peluang pekerjaan ini adalah sangat realistik dan kita yakin boleh tawarkan 100,000 peluang pekerjaan untuk anak muda lima tahun yang mendatang,” katanya ketika melancarkan Tawaran Kita Selangor: 5 Tekad Untuk 5 Tahun malam tadi.

Selain tawaran pekerjaan berpendapatan tinggi itu, gabungan itu jelasnya turut menawarkan latihan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi 10,000 orang muda Selangor dengan kerjasama bersama syarikat teknologi tinggi.

Dalam masa sama, meluaskan skop peserta Program Tuisyen Rakyat Selangor percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dengan sasaran 200,000 peserta.

Turut ditawarkan bantuan mahasisiwa Kita Selangor berjumlah RM1,500 kepada setiap mahasiswa selain bayaran latihan industri RM1,500 sebulan bagi 2,000 belia Selangor.

Related Articles

Back to top button