Semasa

Bantuan penghargaan untuk penjawat awam dibayar 10 Ogos ini

Bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanyak RM300 akan dibayar pada 10 Ogos.

Perkara itu dinyatakan melalui pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam dengan jumlah bayaran itu jelasnya merangkumi pegawai dan kakitangan kontrak.

Selain itu, bantuan RM200 turut dipanjangkan kepada pesara kerajaan pada tarikh sama meliputi pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

“Bantuan khas penghargaan penjawat awam dan pesara kerajaan kerajaan tahun 2023 ini akan dibayar pada 10 Ogos 2023 dan menjadi tanggungan jabatan di mana pegawai berkhidmat pada tarikh pembayaran,” kata pekeliling itu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 27 Jul mengumumkan bantuan khas RM300 bagi penjawat awam Gred 56 dan ke bawah, manakala RM200 untuk pesara kerajaan.

Beliau berkata, ia langkah sementara kerana Putrajaya sedang mengkaji pelarasan gaji penjawat awam.

Related Articles

Back to top button