Politik

Jangan undi parti perbodohkan rakyat guna isu kaum dan agama – Anwar

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) adalah pentas terbaik membentangkan hala tuju parti dan bukannya menjadi medan mencerca pihak lawan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat dan pengundi sudah matang serta cukup bijak menilai setiap yang diperkatakan oleh pemimpin politik.

Bercakap pada siri ceramah Jelajah Perpaduan di Tanjong Sepat di Sepang malam tadi, Anwar menegaskan beliau tidak peduli dicerca namun tidak sanggup melihat bagaimana pemimpin politik khususnya Perikatan Nasional (PN) yang saban hari membohongi rakyat bagi menutup kegagalan mereka.

“Dalam kempen beliau, hari-hari (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) kata Anwar bodoh, tidak tahu pasal ekonomiā€¦ itu dia cakap dan saya tak kisah pun, janji saya dan kita semua tahu apa yang dibuat untuk kemajuan ekonomi dan negara.

“Saya nak ingatkan Muhyiddin, tak guna maki orang, ini bukan masanya. Apa yang saya mahu adalah kamu dan PAS ceritakan apa yang kamu buat semasa jadi kerajaan dan apa yang parti kamu mahu buat selepas ini untuk rakyat,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut ialah calon PH dan Barisan Nasional (BN) bagi DUN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah; calon DUN Dengkil, Noorazli Said dan calon DUN Sungai, Pelek Lwi Kian Keong.

Sementara itu Anwar mengingatkan pengundi di Selangor bahawa PRN adalah medan untuk rakyat memilih pemimpin yang mewakili parti politik dengan dasar membantu rakyat dan memakmurkan negeri.

Beliau juga mahu rakyat terutama pengundi di tiga DUN di bawah Parlimen Sepang itu membuktikan bahawa mereka tidak akan membuat kesilapan dengan memberi undi kepada parti yang sering memperbodohkan rakyat, memainkan isu perkauman dan agama serta berani ‘melawan’ istana.

Related Articles

Back to top button