Negeri

Manisfesto Perpaduan N9 perlu boleh ditunaikan – Aminuddin

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bakal memuktamadkan manifesto pilihan raya mereka dalam tempoh seminggu lagi.

Pengerusi PH negeri Datuk Seri Aminuddin Harun berkata gabungan PH-BN di Negeri Sembilan mahu memastikan manifesto berkenaan menjadi tarikan terbaik untuk rakyat di negeri itu.

“Kita sedia maklum ini kali pertama PH-BN bergabung dalam pilihan raya.

“Manifesto dalam draf akhir, ia telah dikemukakan oleh PH dan BN, kita akan lihat kebersamaan yang boleh dibawa…

“Manifesto dibuat bukan untuk menarik pengundi, (tetapi) selepas itu tidak dilaksanakan. Paling penting ia dilaksanakan dan beri nilai tambah kepada penduduk,” katanya.

Pada PRN kali ini, Aminuddin yang merupakan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, berdepan pertandingan empat penjuru dengan Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Kelantan serta Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 12 Ogos dan pengundian awal 8 Ogos.

Related Articles

Back to top button