Semasa

KKM komited jayakan program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW

Kementerian Kesihatan (KKM) sedang dalam proses mendapatkan sekurang-kurangnya 150,000 vaksin influenza untuk tahun ini.

Menterinya Dr. Zaliha Mustafa berkata, vaksin itu akan diberikan kepada petugas kesihatan khususnya petugas barisan hadapan.

“Kita tengah menunggu untuk pembelian influenza vaksin,” katanya selepas merasmikan Majlis sambutan Hari Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kementerian Kesihatan 2023 Putrajaya semalam.

Sementara itu jelas beliau, KKM terus komited dalam memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja terjaga menerusi Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN) WOW.

Katanya, ini merupakan platform dalam menyuntik advokasi kesihatan dan mempersiapkan warga kerja KKM ke arah tahap kesihatan terbaik demi meneruskan perjuangan dalam memperkasakan sistem kesihatan negara.

Related Articles

Back to top button