Semasa

PM Anwar zahir ucapan takziah buat Sultan Terengganu dan kerabat

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah serta Kerabat Diraja Terengganu.

Ucapan takziah itu dinyatakan Anwar melalui satu hantaran di Facebook susulan kemangkatan Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Fatimah @ Sharifah Nong Alsagoff Abdillah pada Khamis.

Melalui hantaran itu, beliau turut mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.

“Semoga KDYMM Tuanku dan seluruh Kerabat Diraja tabah menghadapi dugaan ini dan mendoakan agar roh Almarhumah ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Almarhumah merupakan bonda kepada Sultan Mizan, mangkat pada 3.17 pagi tadi di ibu negara.

Jenazah Almarhumah dimakamkan di Makam Diraja Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.

Sultan Mizan memperkenankan tempoh berkabung selama lima hari bermula hari ini.

Related Articles

Back to top button