Nasional

Pusat sehenti khusus atasi masalah jalan rosak akan dilancarkan

Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal melancarkan pusat sehenti khusus untuk menerima aduan awam berhubung is khususnya melibatkan masalah kerosakan jalan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif baharu itu yang akan dilancarkan pada 14 Ogos ini bersempena kempen My Jalan akan menjadi wadah baharu bagi mengatasi masalah jalan raya di negara ini.

“Selain masalah jalan berlubang, pusat sehenti itu turut menerima aduan lampu jalan serta perabot jalan.

“Program khas itu berorientasikan tindakan dan bukan sekadar cakap kosong tanpa ada susulan dengan melibatkan semua pihak.

“Semua pihak akan dilibatkan terutamanya pemain industri, agensi kerajaan dan swasta serta rakyat dalam usaha penjagaan prasarana jalan dan keadaan raya raya,” katanya dalam satu sidang akhbar pada petang Rabu.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan pemantauan pengujian sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX yang bermula bulan lepas.

Beliau juga melancarkan logo sistem itu yang akan dipasang secara berperingkat bermula bulan depan meliputi 12 lebuh raya di Semenanjung Malaysia sebagai projek perintis.

Related Articles

Back to top button