Global

Infineon bakal bina kilang terbesar dunia di Malaysia – PM Anwar

Pengeluar semikonduktor Jerman Infineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan untuk membina kilang bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan memaklumkan Infineon akan membuat pelaburan tambahan sebanyak €5 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang dalam fasa kedua pembinaan modul 3. di Kulim, Kedah hasil perbincangan dengan Infineon sebelum ini.

“Saya mengalu-alukan pengumuman pelaburan daripada Infineon yang membuktikan kepercayaan mereka terhadap Malaysia.

“Pengumuman ini adalah lanjutan daripada perbincangan saya dengan pihak syarikat iaitu Ketua Pegawai Operasi, Dr. Rutger Wijburg, pada 24 Julai lalu,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejak lima dekad lalu, Infineon telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penting dalam pembuatan fabrikasi wafer di Kulim dan melaksanakan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip di Batu Berendam, Melaka.

Keyakinan berterusan Infineon terhadap ekosistem pelaburan Malaysia jelasnya mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan
semikonduktor global.

“Ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai
tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik.

“Pengumuman ini juga selaras dengan gagasan Ekonomi Madani yang mensasarkan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia,” kata Anwar dalam kenyataan tersebut.

Related Articles

Back to top button