Negeri

Kajian kebolehlaksanaan sistem rel di Sarawak akan dijalankan – MOT

Kerajaan Perpaduan bakal menjalankan kajian kebolehlaksanaan bagi mengukur daya maju sistem rel di negeri Sarawak

Menteri Pengangkutan Anthony Loke dalam satu program di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, kajian itu susulan negeri itu belum lagi memiliki sebarang rangkaian rel.

“Buat masa ini kita masih di peringkat awal dan kementerian pengangkutan negeri sedang berbincang dengan kita di peringkat kerajaan persekutuan.
Mungkin, kami boleh memohon peruntukan supaya kajian itu dijalankan untuk Sarawak.

“Bagi pihak kerajaan persekutuan, kita menyokong penuh visi dan pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan Sarawak dan berharap negeri ini berjaya menguruskan rangkaian pengangkutan yang lebih baik, katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Wanita dalam Rel Malaysia 2023.

Mengulas mengenai rangkaian rel di negeri Sabah pula beliau berkata negeri itu mempunyai rangkaian rel yang pendek dan pihak kementerian melihat terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kementerian akan terus berusaha menyiapkan projek Rel Berkembar Gemas-Johor Bahru, Rangkaian Rel Pantai Timur, Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura dan mula melancarkan projek baharu termasuk Transit Aliran Massa Laluan 3 (MRT3) di Lembah Klang dan Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang.

“Infrastruktur tersebut jelasnya merupakan pemangkin ekonomi yang akan mengubah hidup dan bekerja pada masa hadapan.

“Pelaburan kukuh dalam pengangkutan rel bandar juga meningkatkan produktiviti ekonomi, menghubungkan komuniti dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia,” katanya.

Related Articles

Back to top button