Semasa

Rafizi akan luncur laporan Statistik Gaji hari ini

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bakal meluncurkan laporan Statistik Gaji dan Upah Jabatan Perangkaan Negara setiap suku tahun esok.

Langkah pertama kali dalam sejarah pentadbiran itu sebagai sebahagian usaha sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menyelesaikan masalah gaji rendah di Malaysia.

“Esok (Jumaat) saya akan luncurkan statistik gaji negara setiap suku yang menggunakan data granular.

”Ini kali pertama dalam sejarah negara perkara ini dibuat, sebagai sebahagian usaha kita membawa tumpuan negara menyelesaikan masalah gaji rendah,” ciapnya menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, Rafizi pada ceramah di DUN Lembah Jaya malam tadi turut mengulas mengenai peluncuran laporan itu yang akan menggunakan data granular (terperinci).

“Saya harap ia dapat membantu pekerja dan majikan untuk tahu apa jumlah gaji munasabah untuk rakyat.

“Tak cukup dengan itu, kalau kita serah bulat-bulat antara pekerja dan majikan, kita akan kembali ke keadaan sekarang dimana pekerja dibuli majikan,’ jelasnya.

Terdahulu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terdahulu menerusi Twitter rasminya turut menghebahkan tentang program Majlis Pelancaran Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Tahun Pertama 2023 yang akan dirasmikan Rafizi itu.

Program tersebut dijadual berlangsung pada jam 11.30 pagi di Dewan Anggerik DOSM dan akan turut disiarkan secara langsung di laman Facebook jabatan berkenaan.

Related Articles

Back to top button