Nasional

Kerajaan rancang wujudkan sekolah berasrama untuk anak golongan miskin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat kerajaan pimpinannya memperkenal sekolah berkonsep baharu yang menyasarkan anak golongan paling miskin.

Cadangan penubuhan sekolah itu, katanya, dibuat bagi membolehkan golongan berkenaan berpeluang mendapat akses pendidikan dan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh

Pelajar dengan keputusan peperiksaan kurang memberangsangkan turut akan diberi peluang memasuki sekolah berkenaan.

“Ini (cadangan memperkenalkan jenis sekolah baharu bagi golongan paling miskin) akan memberi makna manusiawi dan keadilan kepada mereka.

“Akses dan peluang (perlu diberikan) secara saksama bagi membolehkan tiada mana-mana golongan yang tercicir. Kita ada pendemokrasian mutu pendidikan bagi membolehkan semua berhak (mendapatkan pendidikan).

“Ketika ini (semua pihak) berhak. Nama sahaja berhak tetapi sekolah di Manik Urai, Kelantan; Kapit, Sarawak; Pulau Pinang dan Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak tetap ada kesenjangan,” katanya.

Hasrat itu dinyatakan Anwar ketika berucap pada Majlis Temu Anwar: Bicara Pendidikan Madani yang turut dihadiri Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada Sabtu.

Related Articles

Back to top button