Nasional

Politik stabil, PM Anwar sasar Malaysia jadi negara kuasa ekonomi dalam 5 tahun lagi

Kesediaan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Inc Elon Musk berbincang dan menzahirkan komitmen membuka ibu pejabat syarikat itu di Cyberjaya tahun ini hasil dari kestabilan politik Malaysia yang semakin kukuh, jelas Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program Ceramah MEGA MADANI di Pekan Sungai Ara di Pulau Pinang malam tadi berkata, kestabilan politik itu telah menarik semula minat pelabur ke negara ini.

Justeru jelasnya, dalam tempoh lima hingga enam tahun lagi, beliau menyasarkan agar Malaysia dapat menjadi sebuah negara kuasa ekonomi

“Impian dan cita-cita saya ialah menjadikan Malaysia kuasa ekonomi dan sebuah negara yang hebat untuk semua rakyatnya.

“Saya mahu negara ini kembali baik, ekonomi baik, negara baik dan rakyat bersatu,” katanya.

Anwar pada 14 Julai lalu mengadakan pertemuan secara maya dengan jutawan Elon Musk.

Mereka membincangkan pelaburan pembuatan kereta Tesla di negara ini serta perkhidmatan komunikasi satelit SpaceX.

Usahawa aeroangkasa terkemuka dunia itu kemudian menyatakan persetujuan untuk membuat pelaburan besar-besaran di negara ini.

Kestabilan politik negara turut menarik minat syarikat terkemuka lain untuk mengembangkan perniagaan mereka ke negara ini.

Syarikat automotif China, Geely bakal membuat pelaburan sebanyak AS$10 bilion atau kira-kira RM50 bilion untuk menjadikan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil kereta terbesar di rantau ini.

Terbaharu, nfineon Technologies AG (Infineon) mengumumkan rancangan syarikat untuk membina kilang di Kulim, Kedah bagi mengeluarkan 200mm Power Fab SiC (silicon carbide) terbesar di dunia.

“Ini merupakan satu penghormatan yang amat besar kepada Malaysia susulan dasar ekonomi, termasuk Ekonomi MADANI, yang diamalkan Malaysia selain kepimpinan telus Kerajaan Perpaduan,” tambah Anwar.

Related Articles

Back to top button