Politik

Siapa layak jadi PM? : 52 peratus mahu Anwar Muhyiddin hanya dapat 18 peratus sokongan

Tinjuan dijalankan Endeavour-MGC (EMGC) bukan sahaja mendapati hampir tiga perempat responden di kerusi marginal negeri Selangor menyokong Kerajaan Perpaduan.

Malah mereka memilih untuk mengekalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang akan menerajui pentadbiran negara.

Menjawab soalan siapa paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri sekarang, seramai 52 peratus daripada 1,068 responden yang ditanya memilih Pemgerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Jumlah itu jauh meninggalkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sekadar mendapat sokongan 18 peratus responden kajian tersebut.

Dapatan kajian sama, seramai enam peratus responden memilih bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk kembali menggalas jawatan itu.

Manakala enam peratus responden lagi memilih Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang turut tersenarai memperoleh tiga peratus sokongan dari responden kajian tersebut.

Related Articles

Back to top button