Semasa

Tiada kementerian atau agensi terlibat SMS berunsur politik – Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menegaskan tiada kementerian atau agensi kerajaan mengeluarkan arahan sebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) berunsurkan sentimen politik

Fahmi menerusi hantaran di akaun X (Twitter) beliau hari ini memaklumkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) telah membuat semakan dengan semua syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu.

“Majlis Belia Malaysia (MBM) juga telah mengeluarkan penafian dan mengesahkan hantaran tersebut bukan bersumberkan pihak MBM,” menurut hantaran itu.

Fahmi sebelumnya mengulas kenyataan Presiden MBM Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid yang menafikan pihaknya atau pertubuhan di bawahg MBM terbabit menyebarkan ‘message blasting’ yang bersifat provokatif dan menghasut.

Penafian itu susulan penyebaran SMS ‘Belia Malaysia: Berita Mutahir Pimpinan Pas Pusat mengambil keputusan tidak akan melantik Sanusi menjadi MB (Menteri Besar) Kedah jika PN (Perikatan Nasional) menang.

Susulan itu tegas Mohd Izzat, pihaknya akan mengambil tindakan lanjut dan satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang salah guna nama yang mengaitkan pihak MBM dengan keadaan yang tidak bertanggungjawab.

Related Articles

Back to top button