Negeri

Tiga perempat pengundi kerusi Marginal Selangor sokong Kerajaan Perpaduan – Endeavour-MGC

Hampir tiga perempat atau 73 peratus responden pelbagai bangsa kajian bagi Kerusi Marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan Kerajaan Perpaduan diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinjauan oleh Endeavour-MGC yang membabitkan pengundi di negeri itu turut mendapati 64 peratus responden berbangsa Melayu di 34 kerusi marginal tersebut berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Perpaduan, manakala baki 36 peratus menyatakkan tidak berpuas hati.

Menurut badan penyelidik itu, tinjauan tersebut dilakukan antara 22 hingga 28 Julai, 2023 dengan membabitkan 1.068 peserta kajian terdiri daripada kaum Melayu sebanyak 67.8 peratus; Cina (15.6 peratus); India (12.4 peratus; dan lain-lain (4.2 peratus).

Tinjuan dijalankan di semua kerusi itu dijalankan melalui kaedah persampelan rawak berstrata dengan jumlah sampel populasi seramai 2,006,569 pengundi, dan 724 peserta kajian berbangsa Melayu dengan jumlah sampel populasi seramai 1,359,683 pengundi.

Selain itu, 45 peratus berpendapatan B40 diantara RM4,850 ke bawah, manakala 40 peratus dari golongan M40 pendapatan diantara RM4,850 hingga RM10,959 dan 15 peratus golongan T20 pendapatan RM10,959 ke atas.

Kajian turut mendapati, bukan sahaja kajian mendapati prestasi Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan besar, malah 76 peratus pengundi bersetuju dengan kerjasama strategik yang dicapai gabungan PH dan BN bagi membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum 2022.

Responden kajian juga meletakkan Anwar sebagai pilihan utama sebagai Perdana Menter dengan sokongan 52 peratus responden pelbagai bangsa merangkumi 46 peratus responden Melayu.

Angka itu jauh meninggalkan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hanya disokong 18 peratus responden pelbagai bangsa merangkumi 26 peratus responden berbangsa Melayu.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih memiliki sokongan pengundi di kerusi-kerusi Marginal itu apabila meraih 6 peratus responden pelbagai bangsa dan 6 peratus responden berbangsa Melayu.

Related Articles

Back to top button