Semasa

Anwar gesa pengundi beri kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat terutama pengundi di Permatang Pauh memberi sepenuh kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

Melalui satu hantaran di laman Facebooknya, Perdana Menteri itu mahu rakyat percaya bahawa gabungan kerajaan hari ini benar-benar memahami dan mengambil serius terhadap semua permasalahan yang merundung negara.

Untuk pengundi di Permatang Pauh, Anwar mahu kekalahan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU15) dilupakan dan rakyat menurutnya perlu kembali bangkit pada pilihan raya ini.

“Mengakhiri Jelajah Perpaduan Madani Pulau Pinang malam tadi di Dataran Guar Perahu, Permatang Pauh. Saya salute semangat luar biasa warga Permatang Pauh bagi mendepani Pilihan Raya Negeri kali ini.

“Episod duka yang berlaku di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum lalu harus kita lupakan dan kita bina semula kekuatan baru bersama rakyat.

“Warga Permatang Pauh dan sekitar harus berubah serta beri mandat jelas pada Pakatan Harapan (PH) -Barisan Nasional (BN) bagi meneruskan usaha baik buat rakyat,” katanya .

Enam buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu ini.

Anggota keselamatan polis serta tentera dan pasangan bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal pada Selasa ini.

Related Articles

Back to top button