Negeri

Hospital Dungun dijangka beroperasi mulai tahun depan – Menteri Kesihatan

Hospital Dungun yang sebelum ini diklasifikasi sebagai projek sakit dijangka akan dapat beroperasi mulai tahun depan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Klinik Kesihatan Manir di Kuala Terengganu pada Ahad.

Jelas beliau, projek yang dimulakan sejak Februari 2016 di atas tapak seluas 6.13 hektar kini sudah siap 99 peratus dan apabila beroperasi kelak akan memberi manfaat besar kepada warga setempat .

“Kita sudah tahu apa masalahnya, sedikit terbengkalai tetapi insya-Allah, tinggal satu peratus sahaja dan kita jangka akan siap pada akhir tahun ini dan pada tahun depan ia akan beroperasi,” katanya.

Untuk rekod, Hospital Dungun yang baharu itu bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman.

Hospital Dungun yang dibina pada 2016 itu sepatutnya siap pada 2019, namun tertangguh disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan reka bentuk bagi menepati spesifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kelewatan pembinaan turut berpunca akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan faktor kegagalan kontraktor menyebabkan ia mengambil masa untuk disambung semula dan dijangka siap pada April 2022

Related Articles

Back to top button