ekonomi

Infineon tambah pelaburan kerana yakin dengan kestabilan kerajaan ini, tegas PM Anwar

Pelaburan tambahan berjumlah lima bilion euro (RM25 bilion) oleh Infineon Technologies AG (Infineon) di Kulim, Kedah diputuskan kerana pelabur itu yakin dengan kestabilan pimpinan Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan, selain kestabilan kerajaan, syarikat berkenaan terlebih dulu meminta kepastiannya berhubung kebimbangan mereka terhadap golongan pelampau agama dan kaum di beberapa negeri.

“Saya yakinkan pelabur, golongan sebegitu (pelampau agama dan kaum) tidak mungkin memenangi hati rakyat.

“Apabila jawab (beri keyakinan) begitu, dia akhirnya setuju bawa pelaburan,” katanya dalam ucapan pada majlis Ceramah Umum Perpaduan di Dataran Anak Muda dekat Petaling Jaya malam tadi.

Terdahulu Infineon, syarikat semikonduktur dari Jerman mengumumkan pelaburan baharu itu termasuk membina kilang terbesar di Dunia di Kulim, susulan itu ada pihak cuba ‘mengambil nama’ dari pelaburan baharu diumumkan itu.

Menteri pelaburan, perdagangan dan industri Tengku Zafrul Aziz melalui satu hantaran TIk Tok kemudian menyelar tindakan itu sambil menegaskan ia adalah usaha Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Tambahnya. ketua pegawai operasi Infineon Technologies AG dari Jerman telah berkunjung ke Malaysia untuk mengadakan pertemuan bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi muktamad pelaburan tambahan tersebut.

Sementara itu Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, Infineon mengadakan pertemuan di negara ini dua bulan lalu.

“Dua bulan lalu dia datang dan mahu melabur lima bilion euro, malah Amerika Syarikat, Eropah dan negara lain juga turut berminat melabur di sini.

“Mereka datang tanya saya, sebelum saya bawa ke mesyuarat lembaga. Pertama mereka tanya adakah yakin negara akan stabil dan Kerajaan Perpaduan akan kekal?

“Saya kata Insya-Allah dalam lima tahun ini tidak akan terganggu,” katanya.

Related Articles

Back to top button