Semasa

MOSTI mahu guna AI perkasakan sektor agromakanan negara

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) merancang untuk memberi lebih penekanan kepada penggunaa penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang pertanian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, langkah itu bagi meningkatkan daya tahan sektor agromakanan negara.

Selain itu tambahnya, pendekatan pertanian regeneratif dan tanaman berdaya tahan iklim, akan turut diberikan perhatian dan akan menjadi antara usaha yang diberikan tumpuan dalam menangani keterjaminan makanan negara.

“Kejayaan pelaksanaannya diharap dapat meningkatkan produktiviti yang boleh memberi manfaat kepada petani kecil,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lih Kang yang juga Ahli Parlimen Tanjung Malim sementara itu berkata, Malaysia tidak boleh lagi menjadi sekadar pengguna kepada teknologi yang dibangunkan oleh negara maju.

Sebaliknya, beliau berkata, masanya telah tiba untuk rakyat membangunkan keupayaan dan produk serta sistem sendiri, untuk kekal berdaya saing dalam kepesatan perubahan semasa

Justeru selain penggunaan teknologi dalam pertanian, kerajaan juga menyediakan peruntukan sejumlah RM200 juta di bawah Agrobank, untuk dimanfaatkan bagi membantu penyediaan kemudahan pembiayaan.

“Ia sebagai antara usaha menyokong industri makanan tempatan, menjurus kepada peningkatan pengeluaran melalui penggunaan aplikasi teknologi moden dalam sektor pertanian,” tambahnya.

Related Articles

Back to top button