Semasa

MyLesen B2 kompetan sama seperti lesen biasa – Timbalan Menteri

Lesen memandu kelas B2 (motosikal) daripada Program MyLesen adalah kompeten seperti pemilikan lesen biasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah. walaupun kos RM300 bagi pengambilan lesen itu ditanggung oleh kerajaan, namun tiada sebarang keistimewaan atau jalan mudah diberikan kepada peserta program.

Menurutnya, pengambilan lesen tersebut mengikut undang-undang dengan semua peserta perlu menghadiri kelas, latihan di litar dan ujian JPJ

“Walaupun lesen ini diberikan secara percuma, ia adalah lesen yang kompeten dan bukan ‘lesen terbang’ kerana kita mahu pastikan penunggang mematuhi peraturan di jalan raya sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.

“Pemilik lesen B2 ini juga tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang jika gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau sebelumnya hadir merasmikan pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha.

Hasbi pada program itu turut menyampaikan sumbangan 300 unit topi keledar tajaan Malaysia Rail Link (MRL) kepada penerima lesen B2 Kelantan.

Setiap peserta yang terpilih akan membuat lesen memandu kelas B2 secara percuma. Setakat ini, sebanyak 9,000 kumpulan sasar yang menikmati manfaat program tersebut yang telah dilancarkan pada Mei lalu.

“Golongan B40 yang terdiri daripada penerima bantuan e-Kasih, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah merupakan kumpulan sasar yang dipilih. Program itu turut memberi manfaat kepada 900 peserta pelbagai peringkat umur di Kelantan,” katanya pada sidang akhbar selepas Pelancaran Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Kelantan di Dewan Tok Tangok, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bachok di sini, hari ini.

Seramai 900 penduduk Kelantan terdiri daripada enerima bantuan e-Kasih, penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah
menerima bantuan lesen memandu B2 menerusi program MyLesen dengan penerima termuda berumur 16 tahun dan yang paling tua berumur 67 tahun.

Related Articles

Back to top button