Pilihanraya

Beri kemenangan besar untuk PH-BN agar kerajaan dapat tumpu pembangunan

Pengundi di enam negeri yang berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) esok digesa memberi kepercayaan mereka kepada semua calon mewakili Kerajaan Perpaduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika memberikan ceramah pada Jelajah Perpaduan MADANI Grand Finale Kuala Selangor di Tapak Pasar Malam, Bestari Jaya malam Khamis berkata, langkah itu penting bagi masa depan negara.

Jelasnya, kejayaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional mempertahankan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, serta menambah kemenangan di satu atau dua negeri lagi pada PRN kali ini akan membawa kestabilan kepada politik negara.

Dengan itu kerajaan jelasnya boleh memberi tumpuan kepada pembangunan negara tanpa terus diganggu gugat dengan naratif dimainkan pembangkang.

“Jadi saya harap kawan-kawan, kita tidak banyak masa lagi, tolong selamatkan, jangan cuai, perkara ini ialah untuk selamatkan diri, keluarga, negeri dan negara kita,” katanya.

“Saya yakin kalau kita dapat perkuatkan kerajaan Selangor dan menang bergaya di Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, serta dapat tembusi satu dua negeri lain, (negara) kita akan berada di kelas A kerana kita boleh tumpu pembangunan negara kita,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Related Articles

Back to top button