Pilihanraya

30 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan setakat 11 pagi, kira-kira 30% pengundi berdaftar telah keluar menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Kedah dan Terengganu masing-masing mencatatkan 32 dan 33 peratus setakat tempoh sama.

Pulau Pinang mencatatkan 29 peratus; diikuti Selangor 28 peratus; Negeri Sembilan 27 peratus, manakala Kelantan 26 peratus.

Secara keseluruhan 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu .

Seramai 570 calon, termasuk sembilan parti dan 41 calon bebas bertanding pada PRN kali ini merebut 245 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Perdana Menteri DatuK Seri Anwar Ibrhaim menyeru orang ramai untuk keluar mengundi, sebagai memenuhi tanggungjawab mereka memilih pemimpin yang akan mentadbir enam buah negeri terbabit.

Related Articles

Back to top button