Pilihanraya

3,231 pusat mengundi telah ditutup, peratus keluar mengundi adalah rendah

Kesemua 3,190 pusat mengundi bagi pilihan raya di enam negeri dan 41 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang telah ditutup.

Dipetik laporan media, beberapa pusat pengundian telah mula ditutup secara berperingkat seawal jam 1 patang tadi bergantung kepada kedudukan dan jumlah pengundi.

Kesemua peti undi dibawa ke 186 pusat penjumlahan rasmi undi dan keputusan rasmi akan diumum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya malam ini sejurus pusat pengundian terbabit ditutup.

Sebanyak 9,674,456 pengundi biasa daripada 9,773,571 pemilih berdaftar layak untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya enam negeri hari ini yang menyaksikan 570 calon bertanding merebut 245 kerusi Dewan Uundangan Negeri (DUN).

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan Kelantan mempunyai 45.

Peratus mengundi kali ini adalah rendah, dengan peratusan mengundi sekitar 70 peratus.

Setakat jam 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya melaporkan 70 peratus pemilih berdaftar di Terengganu melaksanakan tanggungjawab mereka..

Peratusan keluar mengundi di Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus), Negeri Sembilan (62 peratus).

Kelantan mencatat peratusan keluar mengundi paling rendah dengan hanya 56 peratus.

Related Articles

Back to top button