Pilihan

Kon Yeow bakal angkat sumpah Ketua Menteri esok

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan PH dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan majoriti dua pertiga.

Ia selepas gabungan PH-BN itu berjaya memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi keputusan rasmi dan tidak rasmi setakat pukul 10 malam ini.

Jelas beliau, 29 kerusi DUN PH-BN itu disumbangkan menerusi calon DAP yang menang di 19 kerusi; KEADILAN (7); BN (2) dan Parti Amanah Negara (Amanah) yang menang satu kerusi.

“Maka dengan ini, sukacita saya umumkan bahawa Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang telah menang 29 kerusi (DUN) dan ini bukan sahaja cukup untuk membentuk Kerajaan Perpaduan (kerajaan negeri) tetapi juga mencapai majoriti dua pertiga kerusi yang berjaya dimenangi,” katanya ketika berucap di pusat penjumlahan undi PH-BN di sini malam ini.

Kon Yeow difahamkan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri bagi penggal kedua esok bagi mewakili kerajaan negeri baharu seperti mana yang diputuskan oleh pimpinan PH sebelum ini.

Related Articles

Back to top button