Orang ramai boleh keluar mengundi tanpa bimbang – KPN
Orang ramai tidak perlu bimbang untuk keluar menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi hari ini kerana polis memastikan kesiapsiagaannya dalam mengawasi perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri berlangsung dengan aman.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pelaksanaan penugasan pada PRN di enam negeri ini bermula sejak sebelum penamaan calon, hari penamaan calon dan tempoh berkempen, hari mengundi.
Kawalan keselamatan juga dilaksanakan di lokasi strategik yang berkemungkinan menjadi tumpuan pihak tertentu.
sebelum ini Razarudin memaklumkan seramai 36,492 pegawai dan anggota PDRM sudah bersedia mengawasi perjalanan PRN dengan dibantu Polis Simpanan Persekutuan (PSP), Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA).
Bagi saya sebagai KPN, timbalan saya Tan Sri Ayob Khan (Mydin Pitchay) serta Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah di enam negeri PRN ini, kami bersedia dan anda boleh keluar mengundi dengan selamat,” katanya.