Pilihanraya

PAS kekal berkuasa di Kelantan, Terengganu

PAS berjaya mempertahankan pemerintahan di Kelantan dan Terengganu selepas memperoleh majoriti kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media sebentara tadi berkata, bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 9.45 malam di Terengganu, Pas memenangi sejumlah 17 kerusi daripada 32 kerusi diperuntukkan.

“Dengan ini, Pas berjaya memperoleh majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi dipertandingkan,” katanya dalam sidang akhbar di sini malam ini.

Bagi negeri Kelantan pula jelasnya, Pas menang sejumlah 23 kerusi daripada 40 kerusi diperuntukkan dalam PRN kali ini.

“Pas juga berjaya memperoleh majoriti lebih 50 peratus dari jumlah kerusi dipertandingkan,” kata IAbdul Ghani.

Related Articles

Back to top button