Pilihanraya

PM Anwar dan Isteri mengundi di SK Seri Penanti

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Terdahulu, Anwar yang memakai kemeja berwarna biru tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti kira-kira pukul 9.33 pagi bersama-sama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang turut mengundi di pusat pengundian sama.

Turut mengiringi beliau ialah calon gabungan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir daripada Parti Amanah Rakyat (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil.

Selepas proses pengundian selesai kira-kira pukul 9.40 pagi, Anwar turut berkesempatan beramah mesra dengan pengundi lain yang sedang menunggu giliran untuk melaksanakan tanggungjawab mengundi masing-masing.

DUN Permatang Pasir yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Muhammad Faiz yang akan menentang calon Perikatan Nasional (PN), Amir Hamzah Abdul Hashim dengan seramai 30,464 pemilih berdaftar.

Muhammad Faiz kali ini akan mempertahankan DUN itu yang dimenanginya dengan majoriti 2,981 undi dalam persaingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Related Articles

Back to top button