Pilihanraya

Turun awal, Aminuddin buang undi di Seremban

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun selesai mengundi di Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Mohd. Redza di Seremban kira-kira jam 8.50 pagi tadi.

Beliau yang juga calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat itu tiba kira-kira pukul 8.30 pagi.

Beliau kemudian beratur dan menunggu giliran di Saluran 2 sambil beramah mesra dengan orang ramai dan pengundi lain.

Terdahulu beliau mengiring isterinya, Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof mengundi di Pusat Mengundi SMK Dato’ Sheikh Ahmad pada pukul 8 pagi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini membabitykan Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri hari ini melebihi 85 peratus.

Seramai 9,674,456 orang pengundi yang bakal mengundi dalam PRN kali ini yang turut diadakan serentak bagi Parlimen Kuala Terengganu iaitu seramai 122,160 orang pengundi.

Sebanyak 3,190 pusat me­ngundi dan 17,048 tempat me­ngundi (saluran) akan dibuka untuk tujuan pengundian.

Related Articles

Back to top button