Negeri

Aminuddin umum cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan pada Isnin

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun malam tadi mengumumkan cuti peristiwa untuk Negeri Sembilan pada Isnin.

Pengumuman itu bersempena kejayaan PH dan rakan kerjasama strategik mereka, Barisan Nasional (BN) menang 31 daripada 36 kerusi dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang diadakan semalam.

“Saya mahu umumkan hari ini, cuti peristiwa istimewa untuk Negeri Sembilan. Kita berehat sehari dua, selepas itu buat kerja pastikan kita bantu rakyat di Negeri Sembilan ini,” katanya di Seremban malam tadi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini PH dan BN menang majoriti dua pertiga selepas PH memperoleh 17 kerusi manakala BN menang di 14 buah kerusi. Selebihnya 5 kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Aminuddin yang mempertahankan kerusi DUN Sikamat turut berterima kasih kepada semua jentera Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kemenangan kali ini.

“Sejarah bersama, menang bersama kita kerana gerakan bersama kita. Walaupun kita tahu kita ada lima kerusi tak dapat kita pertahankan, kita akan bekerja untuk pastikan kelima-lima kerusi itu kita menang.

“Kita ada dua pertiga sekarang, dengan pelbagai latar belakang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pelbagai profesion, saya yakin kita mampu mentadbir negeri dengan lebih baik cemerlang,” tambahnya.

Selain Negeri Sembilan, Selangor difahamkan akan turut sama bercuti pada Isnin ini.

Menteri Besar sementara, Datuk Seri Amirudin Shari pada Jumaat memberitahu negeri itu akan menyambut cuti peristiwa sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi mengumumkan PH berjaya memenangi 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sekaligus menang majoriti kerusi DUN

Related Articles

Back to top button