ekonomi

Keputusan PRN bimbangkan ramai pelabur, kata penganalisis

Penganalisis menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) terutama di Selangor dan Pulau Pinang akan menimbulkan kebimbangan kepada ramai pelabur.

Dipetik laporan FMT, sokongan semakin meningkat terhadap gabungan parti politik berteraskan PAS dan Bersatu juga memberi berita buruk kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Anwar Ibrahim kerana ia akan menyukarkan lagi usaha melakukan pembaharuan asas kepada ekonomi.

Oi Ei Sun, Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia dipetik laporan itu berkata keputusan pilihan raya akan membimbangkan komuniti perniagaan tempatan dan antarabangsa.

“Keputusan pilihan raya akan memberi ‘ketakutan’ kepada banyak pelabur, sama ada asing dan domestik,” katanya sambil menyatakan bahawa “gelombang hijau” PN menyapu lebih satu pertiga daripada kerusi di Selangor, negeri paling maju dalam negara.

Oh memetik prestasi pelaburan yang kurang memberangsangkan di negeri pantai timur, berbanding iklim pelaburan lebih teguh di pantai barat.

“Komuniti perniagaan biasanya sangat pendiam dan tidak akan menyatakan sentimen mereka. Bagaimanapun, jauh di lubuk hati mereka, saya fikir mereka tidak akan melihat keputusan itu dengan baik,” katanya kepada portal itu.

James Chin, profesor Pengajian Asia di Universiti Tasmania sementara itu berkata kebanyakan peninjau dan penganalisis sudah meramalkan PRN akan menghasilkan status quo

Namun Anwar kini berdepan cabaran lebih besar untuk memenangi sokongan masyarakat Melayu untuk mengekalkan pentadbiran persekutuan yang stabil dan mampan.

“Ini bermakna lebih sukar bagi Anwar untuk membuat pembaharuan asas kepada ekonomi. Dia perlu menggandakan dasar yang lebih pro-Melayu untuk menunjukkan bahawa dia lebih pro-Melayu dan pro-Islam daripada PN,” katanya sambil tidak menolak kerajaan akam memperkenalkan pembaharuan menyeluruh (dasar) seperti Dasar Ekonomi Baru.

Related Articles

Back to top button