Semasa

Kukuh semula perpaduan, ketepi perbezaan politik – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati mandat yang diberi rakyat di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah memihak kepada pembangkang untuk mengekalkan kuasa

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam satu kenyataan selepas menyaksikan keputusan pilihan raya bagi enam buah negeri di Pusat Dagangan Dunia (WTC) malam tadi turut menyeru rakyat mengetepikan perbezaan politik dan kembali bersilaturahim setelah semua keputusan pilihan raya diketahui

“Keputusan ini adalah keputusan rakyat. Dalam sistem demokrasi kita harus hormat keputusan rakyat, hormat dalam erti kata bersedia menerima keputusan dengan baik.

“Kalau ada apa-apa permasalahan, perundangan dibuat mengikut perundangan dan peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Setelah bersungguh-sungguh dan suhunya agak panas ini waktunya rakyat dari semua parti menang atau kalah harus bersilaturahim menjaga keamanan negara dan tumpukan perhatian mengangkat martabat negara dan bela nasib rakyat. Itu tumpuan kita,” katanya.

Dalam pada itu tegas Anwar, kerajaan pimpinannya yang terus kukuh selepas pilihan raya kali ni akan terus bertungkus-lumus bekerja dan berkhidmat sesuai dengan hasrat untuk membangun Malaysia dan Ekonomi Madani sebagaimana yang diumumkan baru-baru ini.

“Insyaallah mulai Isnin kita akan terus bertugas bukan sahaja seperti biasa tetapi, lebih tekun dan keras supaya negara ini akan mencipta kejayaan yang dibanggakan,” ujarnya yang turut memuji kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang mengekalkan kemenangan di tiga negeri.

Related Articles

Back to top button