Pilihanraya

Amanah sudah ada senarai nama calon PRK Parlimen Pulai

Parti Amanah Negara (Amanah) Johor telah memuktamadkan senarai nama calon-calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.

Bagaimanapun Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan enggan mendedahkan senarai nama berkenaan, keputusan akhir akan ditentukan kepimpinan pusat jelasnya.

“Ya, senarai nama calon-calon yang akan bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) dan Kerajaan Perpaduan dalam dua PRK akan datang sudah dimiliki. Kita akan serahkan kepada pusat esok.

“Tidak perlulah saya dedahkan nama-nama yang dicadang kerana itu keputusan pusat, kita lihat nanti,” katanya dipetik laporan media.

Aminolhuda yang juga merupakan Ahli Parlimen Sri Gading turut memberitahu, persiapan jentera parti itu bagi berdepan PRK berkenaan juga telah mula digerakkan.

PRK tersebut diadakan ekoran kekosongan berikutan kematian mengejut penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu yang juga merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram pada 26 Ogos, manakala pengundian awal pada 5 September dan hari pengundian pula pada 9 September.

Related Articles

Back to top button