Semasa

Kerajaan cadang jadikan pemasangan CCTV syarat wajib perbaharui lesen taska

Kerajaan bercadang menjadikan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) sebagai syarat wajib dalam proses memperbaharui lesen premis taska berdaftar

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri berkata langkah penguatkuasaan itu perlu diambil bagi menangani kes penderaan kanak-kanak di premis taska meskipun sebelum ini sudah ada arahan mewajibkan pemasangan CCTV kepada pengusaha taska di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 dan Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 201

“Bagaimanapun, ada juga di antara mereka (pengusaha taska) yang tidak memasangnya walaupun sudah diminta supaya patuhi syarat itu. Jadi kami sedang berbincang untuk ambil tindakan dengan tidak memperbaharui lesen taska yang tidak memasang CCTV,” katanya dalam sidang media satu sidang media di Sematan, Sarawak pada Ahad.

Sementara itu jelasnya, perbincangan berhubung perkara itu akan dilakukan melibatkan agensi, jabatan dan pemain industri yang terlibat esok (Isnin).

“Kos untuk pemasangan CCTV tidak sepatutnya menjadi isu kerana CCTV sekarang boleh didapati dengan harga yang murah. Oleh itu, kami nak mendengar maklum balas dan bagaimana kami akan perhalusi perkara ini, sebelum kami teruskan pelaksanaannya,” tambahnya.

Dalam pada itu, Nancy berkata langkah untuk menutup taska yang terlibat dengan kes penderaan perlu diteliti secara mendalam kerana ia akan turut memberi kesan kepada ibu bapa yang bekerja dan menghantar anak mereka ke taska terbabit.

“Kita akan memberi beban kepada ibu bapa (lain) jadi kita tidak boleh tutup begitu sahaja hanya kerana satu kes itu,” katanya.

Related Articles

Back to top button