Politik

PH-BN lepas ujian persefahaman pertama

Gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berjaya melalui “ujian persefahaman” pertama sepanjang kerjasama lapan bulan, kata Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said

Azalina dalam satu kenyataan berkata, kejayaan ujian itu terbukti apabila gabungan itu meraih undian terbanyak berbanding lawannya Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu lalu.

“Berpuluh tahun sebagai seteru, hanya lapan bulan terbentuk kerjasama yang julung kali disatukan di pentas pilihan raya, keputusan yang unik dan positif mampu diraih di peringkat akar umbi dengan mengenepikan segala perbezaan politik,” katanya.

Gabungan perpaduan berjaya meraih 3,399,472(49.6%) undi secara keseluruhan di enam negeri, manakala PN walaupun menyapu bersih Terengganu ketinggalan 17,000 undi.

PRN Sabtu lalu merekodkan peratusan mengundi yang disifatkan sangat rendah dengan hanya Terengganu mencatatkan peratusan keluar mengundi lebih 75 peratus.

Sementara itu jelas Azlina, beliau setuju akan wujud keperluan kerajaan perpaduan untuk meneliti dan mempertingkat pemilihan calon, jentera, manifesto seta gerak kerja kempen menjelang PRU16 nanti.

“Tiada keperluan untuk menuding jari, sebaliknya kita perlu meningkatkan usaha dalam memastikan penjajaran satu hala tuju iaitu bertunjangkan aspirasi perpaduan perlu diperjelaskan lagi.

“Gabungan perpaduan ini berjaya mengekalkan status quo di tiga negeri dan BN yang sebelum ini bukan sebahagian kerajaan negeri telah menjadi sebahagian pembentukannya,” katanya.

Related Articles

Back to top button